Mengenai AISMM
CADANGAN PENUBUHAN AISMM
Cadangan penubuhan AISMM sebagai satu badan bukan kerajaan (NGO) dikemukakan dan dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Profesor dan Ketua Jabatan Matematik IPTA ke-5 pada 25-27 Januari 2008.
PENDAFTARAN PENUBUHAN
- Dikemukakan untuk pendaftaran pada 19 September 2011 dengan nama Akademi Pembangunan Sains Matematik Malaysia.
- Pindaan nama diluluskan pada 19 Disember 2011 kepada Akademi Ilmuan Sains Matematik Malaysia oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor.
- Dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember 2012.
- Diluluskan pindaan nama kali ke-2 pada 3 Jun 2014 kepada Akademi Ilmuwan Sains Matematik Malaysia (AISMM).
MATLAMAT PENUBUHAN AISMM
- Menjadi pemacu dalam meningkatkan kemajuan dan perkembangan sains matematik dalam pendidikan, penyelidikan, perundingan dan penyebaran maklumat.
- Menyelaraskan dan menyebarkan maklumat aktiviti penyelidikan sains matematik agar minat orang ramai terhadap bidang sains matematik dapat dipupuk.
- Membuka dan memperluas jaringan dan kerjasama ahli sains matematik dengan industri hingga ke peringkat antarabangsa.
- Menjadi badan rujukan dan entiti penting kepada kerajaan, industri dan masyarakat dalam hal-hal berkaitan dengan sains matematik.
- Memberi pandangan dan menjaga kepentingan hal-hal yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung terhadap perkembangan ilmu serta kebajikan komuniti ahli sains matematik.
- Meningkatkan kesedaran dan pengiktirafan masyarakat tentang kepentingan dan kegunaan sains matematik dalam lain-lain ilmu dan aktiviti kehidupan.